Bila diri kita ditimpa musibah, kita mulalah naik gelabah dan mind set pun dah "down". markah exam teruk sedangkan kita dah berusaha macam nak rak (ayat DR.KHAIDZIR), tak dapat masuk ke universiti yang kita impi-impikan sedangkan keputusan exam kita sangat-sangat layak, kita kalah dalam pertandingan sedangkan kita dah berlatih bertahun-tahun. Inilah antara situasi yang kita hadapi dalam kehidupan seharian sebagai seorang insan. Bila fikir-fikir balik, kita sememangnya layak mendapat apa yang kita impikan kerana pepatah melayu ada mengatakan USAHA TANGGA KEJAYAAN ! yeah!! Tapi kenapa kita tak dapat gak impian kita tu ? Wahai saudara-saudari yang ku kasihi, jangan kita lupa . Itu hanya pepatah melayu bukannya WAHYU ALLAH dan HADITH RASULULLAH S.A.W. Mari kita lihat sirah Rasulullah , dimana pada suatu ketika dahulu tentera islam KALAH dalam peperangan UHUD. Dalam peperangan itu juga Rasulullah patah giginya!! Kalau diikutkan logik akal mana mungkin orang yang dikasihi Allah boleh kalah dengan musuh islam dan umat yang dibenci Allah. Adakah Allah ketika itu terlepas pandang untuk membantu tentera islam ? Adakah Allah Tertidur ketika itu ? Jika kita berfikir seperti itu, cepat-cepat kita beristighfar. ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM. Mari kita renungkan firman Allah dalam Al-Quran yang berbunyi, “Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11. Subhanaallah. Jelaskan penerangan yang Allah berikan kepada kita ?
Sabarlah wahai saudara-saudari ku dengan musibah yang menimpa kerana sesungguhnya pasti ada yang terbaik disebalik ujian dan musibah yang menimpa kita. Teruskan berusaha dan berdoa kerana sesungguhnya Allah sudah pun menetapkan yang terbaik buat kita. Mari kita renungkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216. “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “